GEORGE TOWN: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Bahang, Zolkifly Md Lazim akan menfailkan saman terhadap kerajaan Pulau Pinang dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).
Tindakan itu diambil selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membuat keputusan berkenaan status wakil rakyatnya yang dikekalkan dan tidak kehilangan kerusi kerana peruntukan antilompat parti negeri tidak terpakai ke atas beliau.
Bekas ADUN daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, perkara itu sedang diteliti oleh peguamnya berikutan tindakan yang diambil terhadap dirinya yang dikatakan melanggar undang-undang antilompat parti negeri.
Menurutnya, beliau bersama tiga ADUN Perikatan Nasional lain disingkirkan sebagai ADUN pada 6 Mac lalu susulan usul yang dibuat mengikut undang-undang antilompat parti negeri.
"Sejak itu saya kehilangan segala kemudahan yang disediakan kerajaan, senjata api saya dirampas selain berdepan dengan pelbagai kecaman.
"Malah semasa sidang DUN saya dimalukan dituduh sebagai ‘katak lompat’, namun akhirnya semua telah terbukti yang saya berada di pihak yang benar selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membuat keputusan baru-baru ini," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Pada 8 Disember lalu, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang memutuskan dua bekas ADUN Bersatu tidak kehilangan kerusi di DUN kerana peruntukan antilompat parti negeri tidak terpakai ke atas mereka.
Memetik laporan sebuah portal, Hakim Anand Ponnudurai berkata, Khaliq Mehtab Ishaq (Bertam) dan Zolkifly Lazim (Teluk Bahang) kekal sebagai wakil rakyat dalam tempoh antara Mei 2018 dan Jun tahun ini, serta berhak mendapat semua bayaran kewangan yang perlu dibayar kepada mereka bagi tempoh sehingga DUN dibubarkan ketika itu.
Dalam keputusan yang disampaikan secara dalam talian, Anand menjelaskan penggunaan lambang PKR tidak bermaksud kedua-dua mereka ahli parti itu, dan mereka juga tidak pernah meninggalkan Bersatu. Maka, Perkara 14A Perlembagaan Pulau Pinang tidak terpakai ke atas mereka.
Mahkamah bagaimanapun menolak hujah serupa dalam hal Zulkifli Ibrahim (Sungai Acheh) dan Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya), kerana Perkara 14A terpakai ke atas mereka. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 14 2023
Zolkifly berkata, perkara itu sedang diteliti oleh peguamnya berikutan tindakan yang diambil terhadap dirinya yang dikatakan melanggar undang-undang antilompat parti negeri. - Gambar fail/ Sinar Harian
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Bekas ADUN Teluk Bahang mahu saman Kerajaan Pulau Pinang
Bekas ADUN Teluk Bahang Zolkifly Md Lazim akan menfailkan saman terhadap kerajaan Pulau Pinang dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).